Hukum & KriminalInternasional

PPM Wilayah Tiga, Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM 650 Ribu

524
×

PPM Wilayah Tiga, Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM 650 Ribu

Sebarkan artikel ini

Tumpat, Malaysia – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah (3) Pengkalan Kubor berjaya merampas sejumlah rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM 652,500.00 hasil serbuan di sebuah kawasan tebing Sungai Mak Neralang, Kg. Kelong, Kok Keli, Palekbang, Tumpat, Kelantan pada jam 4 pagi hari ini, Julai 2023

Sepasukan anggota bersama pegawai dari Unit Risikan Marin PPM Wilayah (3) Pengkalan Kubor yang sedang menjalankan Op Kontraban bertindak menyerbu lokasi tersebut. Walaubagaimanapun, suspek dipercayai telah melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran setelah menyedari kehadiran pihak polis dan tidak dapat dikesan kerana keadaan yang gelap.

Hasil pemeriksaan terhadap sebuah motorlori yang ditinggalkan di kawasan tempat kejadian telah membawa kepada penemuan sejumlah kotak yang disyaki mengandungi rokok putih yang tiada cukai kastam disyaki telah diseludup masuk dari negara jiran.

Kesemua barang rampasan termasuk lori yang dianggarkan bernilai RM 732,500.00 tersebut dibawa balik ke Markas Operasi PPM Wilayah (3) Pengkalan Kubor dan diserahkan kepada IPD Tumpat, Kelantan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

PPM sentiasa membuat rondaan di perairan dan daratan serta mengumpul risikan bagi membanteras aktiviti kontraban khususnya penyeludupan rokok yang tidak sah. PPM juga amat mengalu-alukan penyaluran maklumat daripada orang ramai yang menjadi mata dan telinga bagi membendung aktiviti penyeludupan. Sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim, orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan PPM Wilayah (3) Kuantan, Pahang di Talian 09-513 7726.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *